Sumber buat duit di internet untuk blogger
Saya adalah blogger. Anda juga blogger. Berapa lama usia kita menjadi blogger, kita menjadi blogger kerana tujuan yang sama, hobi,berkongsi idea dan buat duit…hemmm.. Blog adalah serampang dua mata iatu selain daripada menulis untuk menyampaikan inspirasi, blogger juga berusaha menjadikan blognya sebagai senjata terbaik untuk menjana pendapatan di internet. Sebab itulah mana-mana blog ada meletakkan iklan yang boleh mendatangkan duit. Woww..mudahnya,hanya meletakkan iklan blogger mampu buat duit. Hakikatnya ada banyak sumber buat duit di internet sama ada secara berbayar atau percuma.
Kali ini saya akan kongsikan kepada pembaca semua khasnya yang masih tercari-cari sumber-sumber yang boleh memberikan kekayaan kepada anda..Bagi yang sudah lama berkecimpung buat duit di internet, sudah tentulah lubang-lubang ini adalah sumber pendapatan mereka. Pendedahan lubuk buat duit ini cuma makluman sahaja. Sejauh mana kejayaan anda menjana pendapatan nanti adalah terpulang kepada teknik yang anda lakukan. Oklah, di bawah ini adalah sumber atau lubuk-lubuk buat duit di kalangan blogger.
1. Program Adsense
Adsense adalah satu program yang dikendalikan oleh google. Google memberikan peluang kepada pemilik blog untuk memasang iklan adsense dengan bayaran tertentu. Semakin banyak klik yang diperolehi maka peluang untuk menjana pendapatan dengan adsense juga semakin cerah. Nilai keywords juga memainkan peranan income anda. Iklan adsense adalah daripada pengiklan di google adwords yang mengiklankan produk atau perkhidmatan.Program google adsense adalah program affiliate yang paling popular di kalangan blogger tempatan. Tambahan pula sudah ada panduan cara-cara menjana pendapatan dengan google adsense. Untuk membuka akaun google adsense pergi ke www.google.com/adsense dan dapatkan panduan lengkap menjana pendapatan dengan adsense di www.tutorialadsense.com .
2. Bidvertiser
Program bidvertiser lebih kurang sama dengan program adsense dimana teknik buat duit adalah sama. Satu kebaikan Bidvertiser, anda akan dibayar terus ke akaun paypal anda. Selain daripada itu, anda boleh membuka akaun bidvertiser walaupun blog anda menggunakan bahasa Melayu. Ini berbeza dengan adsense yang mahu pemilik blog menyediakan blog berbahasa Inggeris.Jika blog anda berbahasa melayu, Bidvertiser adalah program buat duit yang sesuai. Anda boleh membuka akaun di Bidvertiser.com sebagai publisher secara percuma sahaja.
3. Nuffnang
Nuffnang Malaysia adalah satu komunity pengiklanan. Nuffnang telah menjemput blogger untuk menjadi member nuffnang dan seterusnya meletakkan iklan nuffnang di blog. Buat duit dengan nuffnang agak mudah iaitu cuma letakkan iklan grafik nuffnang. Blogger akan dibayar jika sekiranya iklan nuffnang diklik oleh pengunjung. Jika anda sebagai ahli Glitterati, anda mendapat lebih banyak bayaran setiap klik berbanding dengan ahli biasa. Untuk mengetahui bagaimana menjadi ahli Glitterati, sila login ke nuffnang dan baca peraturan bagaimana menjadi ahli Glitterati. Buka akaun nuffnang secara percuma.
4. Advertlets
Advertlets juga adalah satu komuniti pengiklanan yang membayar kepada setiap ahli yang meletakkan iklan Advertlets di blog. Advertlets lebih kurang sama dengan nuffnang kerana iklannya adalah dalam bentuk grafik. Advertlets banyak menawarkan pilihan grafik untuk diletakkan diblog ahlinya. Buka akaun Advertlets secara percuma.
5. Chitika
Chitika adalah program sama seperti adsense iaitu pay per click. Anda boleh meletakkan iklan bersama-sama dengan chitika. Walau bagaimanapun anda cuma boleh buat duit dengan chitika jika sekiranya traffik datang daripada US sahaja. Walaupun begitu, anda masih berpeluang menjana pendapatan dengan chitika. Saya sebenarnya lebih suka dengan chitika berbanding dengan Bidvertiser. Buka akaun Chitika secara percuma chitika.com.
6. Adbrite
Adbrite adalah sahabat sejati blogger. Setakat ini, jika anda memasang iklan adbrite diblog berbahasa melayu, iklan chitika tidak akan keluar. Adbrite cuma memberikan hasil yang lumayan jika sekiranya blog anda berbahasa inggeris. Bagusnya advrite ini, ia akan tampil dalam bentuk banner, iklan teks dan juga link. Anda boleh join adbrite secara percuma sahaja. Buka akaun Adbrite secara percuma sahaja di adbrite.com.
Untuk kali ini, ini sahaja sumber-sumber yang saya kongsikan yang boleh mendatangkan duit blog anda. Semoga ia memberi manfaat kepada anda khususnya kepada blogger yang belum meletakkan apa-apa iklan di blognya. Rugi tidak letakkan iklan yang boleh diperolehi secara percuma tetapi boleh mendatangkan duit kepada blogger. Saya akan sambung sumber-sumber pendapatan di internet di artikel akan datang. Salam maju jaya.
Category: Blogging tips, Buat duit online, Idea Bisnes











Adbrite pays very little, i’d better go with Infolinks and other ppc programs-;: