Sudahkan anda mempunyai akaun paypal?

| August 13, 2011 | 0 Comments

Artikel ini untuk mereka yang belum mempunyai akaun paypal..
Tidak lengkap buat duit di internet jika belum mempunyai akaun paypal lebih-lebih lagi jika menjana pendapatan diperingkat antarabangsa. Jika belum mempuniai akaun paypal, anda mungkin sudah ketinggalan dalam dunia menjana pendapatan secara online. Tidak sesuai di zaman sekarang menerima komisyen melalui cek kecuali itu memang pilihan oleh penyedia program affiliates.

Paypal bukan lagi untuk tujuan menunjuk-nunjuk tetapi mempunyai akaun paypal adalah satu kemestian dan penting kepada sesiapa sahaja yang mahu menjalankan perniagaan secara online, menjana pendapatan secara online atau membeli belah secara online. Seseorang yang mahu berniaga di ebay mesti mempunyai akaun paypal bagi memudahkan urusan jual beli. Begitu juga jika menjual produk. Tanpa paypal, anda mungkin tidak dapat persaingan yang semakin sengit terutama sekali di peringkat antarabangsa.

Ramai orang melakukan pembelian atau menjual secara online masih tidak menggunakan paypal kerana takut. Mungkin takut kerana tidak tahu bagaimana membuka akaun paypal. Membuka akaun paypal bukannya susah sangat. Pergi sahaja ke web paypal kemudian isi maklumat yang diminta dengan tepat. Namun jika seseorang pengguna paypal melakukan sesuatu yang tidak betul atau menyalahi terma paypal boleh jadi akaun paypal anda kena limit akses. Anda mungkin pernah terbaca mengenai kisah suka duka peniaga ebay bagaimana akaun paypal mereka dibekukan sehingga mengalami kerugian.

Takut tersilap langkah, ada pula mengambil keputusan tidak mahu membuka akaun paypal. Ini bukanlah satu tindakan yang betul. Jika anda belum mempunyai akaun paypal kerana takut mengalami kehilangan wang, anda tidak perlu bimbang untuk membuka akaun paypal kerana kini sudah ada panduan Paypal Malaysia yang dapat membantu mengatasi masalah yang anda hadapi. Panduan ini adalah dalam bentuk video dan antara yang anda pelajari ialah :

1. Cara mendaftar akaun PayPal dan top-up akaun anda
2. Cara membeli online secara selamat menggunakan PayPal
3. Cara menerima bayaran dan membuat refund dengan mudah
4. Cara membuat butang pembelian PayPal untuk menjual produk
5. Cara menggunakan PayPal untuk mengendalikan invois anda
6. Peraturan dan “terms” penting PayPal yang perlu anda faham
7. Cara menguruskan masalah persengketaan atau “disputes”
8. Cara mengelakkan akaun PayPal anda kena “limited access”
9. Cara mengatasi masalah “limited access” kalau dah terkena!
10. Dan banyak lagi!

Untuk maklumat lanjut sila jadi ahli web ini dan muat turun kesemua video.

Anda juga boleh mendapatkan panduan lain di blog atau ruang forum tetapi sila pastikan panduan itu adalah yang terkini kerana pihak paypal sentiasa sahaja menukar peraturan mereka.

Terima kasih.
Ahli Paypal Malaysia

Tags: , , ,

Category: Buat duit online, Internet

Leave a Reply