Panduan Alertpay
Kali ini saya menulis sedikit info mengenai dengan alertpay iaitu cara membuka akaun dan kegunaan alertpay. Seperti saya sebelum ini, mungkin ada diantara pembaca yang tertanya-tanya dan ingin mengetahui apa sebenarnya alertpay. Secara ringkasnya alertpay ini adalah satu badan yang mengurus pembayaran dan penerimaan bayaran diinternet. Sebagai contoh, sekiranya anda menjual produk secara online, anda boleh menerima bayaran dengan menggunakan alertpay. Begitu juga jika sekiranya anda melakukan pembayaran atau menghantar duit kepada seseorang. Secara mudahnya, fungsi alertpay ini sebenarnya sama dengan paypal.Anda juga boleh transfer duit anda di alertpay terus ke akaun bank anda.
Sekarang sudah tahu apa itu alertpay dan kegunaannya. Seterusnya,bagaimana membuka akaun di alertpay?. Berikut adalah beberapa langkah cara-cara membuka akaun di alertpay.
Pergi ke laman web alertpay.com kemudian klik Sign Up Now. Anda akan dibawa ke halaman pertama iaitu dihalaman registration process. Pilih negara Malaysia atau negara asal anda, dan saya cadangkan anda pilih akaun Personal Pro bagi pilihan jenis akaun. Klik Next untuk ke halaman berikutnya.

Isi Contact Information
Isi borang dengan memasukkan data peribadi anda yang benar. Maklumat yang benar sangat penting bagi memudahkan verifikasi account anda nanti.Apabila semua data yang diminta lengkap diisi, klik Next untuk ke halaman seterusnya.
Seterusnya anda berada di halaman AlertPay Account Login. Seperti dibahagian maklumat anda tadi, anda juga dikehendaki melengkapkan maklumat yang diminta seperti email dan password. Gunakan email yang sah kerana pengurusan alertpay akan menghantar email ke akaun email anda sebagai pengesahan. paling penting, pastikan password anda selamat dan mudah diingat. Jangan lupa,nanti tidak boleh login. Kemudian masukan PIN. Fungsi pin ini sama dengan kad ATM anda iaitu setiap kali ambil duit di ATM kena masukan PIN.AlertPay akan meminta anda memasukan PIN setiap kali anda melakukan transaksi sebagai langkah keselamatan.

AlertPay Account
Setakat ini anda sudah berjaya membuka akaun di alertpay. Seterusnya anda perlu login ke akaun email anda untuk melakukan pengesahan email anda yang dihantar oleh alertpay.Buka email yang dihantar oleh alertpay kemudian klik url activation link untuk mengaktifkan akaun alertpay anda. Boleh login dah ke akaun anda untuk menjadi verified member. Sama jugak dengan paypal yang meminta nombor masterkad untuk verify. Alertpay tidak meminta nombor masterkad cuma meminta anda menghantar apa juga jenis bil yang menggunakan nama dan alamat anda untuk pengesahan alamat.Kemudian diminta juga menghantar gambar,untuk ini saya cadangkan gunakan saja lesen memandu anda.Untuk melakukan pengesahan, cuma scan dokumen anda, upload dan submit.Tunggu sepuluh hari bekerja untuk alertpay mengesahkan dokumen anda.
Setakat ini sahaja panduan ringkas cara-cara membuka akaun di Alertpay. Saranan saya, alertpay ni sangat sesuai kepada mereka yang tidak mempunyai masterkad atau debit kad.Ini kerana paypal memerlukannya untuk pengesahan akaun tetapi tidak bagi alertpay. Buka akaun AlertPay.Com secara percuma.

Update 26/04/2010
Baru-baru ini alertpay mempermudahkan pelanggannya untuk melakukan pengesahan akaun. Pelanggan mempunyai dua cara untuk melakukan pengesahan iaitu sama ada menggunakan pengesahan masterkad atau pengesahan akaun menggunakan mobile phone.
Pengesahan menggunakan masterkad lebih kurang sama semasa melakukan pengesahan paypal. Masukan butiran masterkad kemudian mereka hantar kod tertentu yang anda akan dapatĀ apabila anda menerima penyata masterkad anda. Kod yang anda akan dapat tu digunakan untuk melakukan pengesahan akaun. Ini mengambil masa untuk mendapatkannya kecuali jika anda rajin menghubungi pihak bank.
Pengesahan menggunakan mobile phone mudah dan pantas tetapi ramai yang merungut tidak menerima mesej daripada alertpay. Melakukan pengesahan dengan menggunakan mobile phone adalah mudah dan pantas. Masukkan nombor mobile anda kemudian klik next. Kod akan dihantar ke mobile phone anda jadi pastikan nombor telefon yang digunakan betul. Sebaik menerima mesej yang mengandungi kod, anda sudah boleh melakukan pengesahan akaun alertpay anda.

Sekian,harap dapat membantu.
Category: Blogging tips, Buat duit online, Internet











Salam.. kat mane nak verify gune dokumen2 yg bro cakap tu ek?
yg saya jumpe ade verify gune mobile phone n credit card jer? harap dapat membantu.. urgent gak ni.. huhu
bleh add ym sy di mydcarbo[at]yahoo.com.. thanx
Semasa saya buka akaun alertpay, diorg minta bil yang ada alamat pemohon dan kad yang ada gambar. Baru-baru ni alertpay mempermudahkan pengesahan iaitu lebih kurang verified akaun paypal. skrang boleh verify akaun sama ada guna master kad atau pengesahan mobile phone. Guna mobile phone utk pengesahan cepat. Ikut langkah yang alertpay minta.
Terima kasih atas pkongsian maklumat. nak tanya, jika dah guna mobile phone, adakah perlu juga nak scan lesen memandu contohnya, utk pgesahan? soalan kedua, jika kita nak transfer duit dari alertpay ke bank Malaysia, cthnya CIMB, berapa lama kita tunggu prosesnya? tq
Buat pengesahan sama ada guna mobile phone atau master kad sahaja. biasanya untuk withdraw mengambil masa dalam 7 hari duit masuk ke dalam bank.
utk buka akaun ni, adakah kita mesti ada kad kredit atau debit mcm dipaypal? kad kredit bank islam boleh guna ke? jika tak ada atau tak guna kad kredit, boleh ke duit ditransfer dr alertpay ke akaun biasa kita di bank-bank kita kat M’sia ni, cthnya cimb? k, tq