Mesin wang online anda

| October 17, 2010 | 0 Comments

Salam sejahtera semua. Sebentar tadi saya mendownload perisian yang dikenali money machine. Saya belum lagi mencuba fungsi sebenar perisian money machine tapi mengikut keterangan ia hanyalah perisian link cloaker. Macam-macamlah nama perisian buat duit sekarang ni. Apabila ia di rebrand maka namanya pun akan turut berubah walaupun fungsinya tetap sama. Ini adalah tools tambahan untuk menjana pendapatan diinternet..

Berbalik kepada mesin wang, bagis saya, mesin wang yang sebenar yang perlu dimiliki dengan mengeluarkan sedikit wang ringgit. Kos untuk mendapatkan mesin wang ni bergantung kepada jenama mesin yang anda gunakan. Walau bagaimanapun ada mesin wang ini boleh dimiliki secara percuma sahaja. Seorang yang benar-benar serius menjana pendapatan diinternet perlu mempunyai mesin wang yang lengkap. Mesin wang saya maksudkan ialah hosting, domain,text editor,Opt-in, autoresponder, dan ftp software.

Hosting

Akaun hosting perlu untuk anda menyimpan segala data,fail dan website anda. Terdapat banyak syarikat penyedia hosting di Malaysia seperti jomhosting,netkl,namsahaz,datakl,internet-webhosting,Onebytes dan banyak lagi. Kalau nak hosting di luar negara boleh cuba HostGator. Pilih sahaja mana satu syarikat yang paling sesuai untuk anda. Jika mahu berjimat boleh mencuba jomhosting yang menawarkan harga serendah RM10 setahun. Jika nak jimat lagi boleh guna blogspot yang boleh diperoleh secara percuma. Saya tak cadangkan yang ni sebab saya sudah kecewa dengan blogspot.

Baca panduan cara-cara membeli hosting dan domain disini.

Domain

Domain ialah alamat website anda. Alamat website akan terpampang di address bar. Domain ini adalah kira alamat kedai online anda. Contoh alamat domain www.mefranzblog.com. Domain boleh dibeli bersama-sama dengan hosting anda dengan harga yang berasingan. Di Malaysia harga domain antara RM30-RM40. Jika anda memerlukan domain lebih daripada satu, boleh dapatkan domain di netkl antara syarikat yang menawarkan harga domain termurah setakat ni. Sebelum anda beli domain, fikirkan masak-masak nama domain yang benar-benar sesuai.

Text Editor

Perisian ini perlu untuk mengedit dan membina minisite anda. Anda boleh menggunakan perisian ini untuk membina squeeze minisite template, halaman download dan sebagainya. Anda boleh menggunakan perisian percuma seperti Kompozer. Anda boleh download perisian kompozer disini.

Halaman Opt-in

Ini adalah mesin wang yang tidak boleh diabaikan. Cipta 2 halaman minisite ringkas iaitu squeeze page atau opt-in dan halaman download. Tawarkan sesuatu yang berharga kepada pelawat website anda. Pelawat mengisi borang opt-in, bawa ke halaman download produk yang disediakan. secara automatik akan menjadi subscriber anda juga. Subscriber adalah bakal pembeli yang harus dijaga dengan baik. Anda boleh mendapatkan panduanemail untuk mengetahui cara pemasaran email.

Autoresponder

Autoresponder adalah pembekal perkhidmatan email. Ada tiga jenis autoresponder yang saya tahu iaitu autoresponder berbayar, autoresponder percuma dan autoresponder yang kita pasang di hosting sendiri. autoresponder berbayar sudah tentu yang terbaik tapi kalau bajet tidak mengizinkan boleh guna autoresponder percuma atau pasang sistem autoresponder di hosting. Anda boleh memulakan kempen pemasaran email selepas anda membuka kesalah satu akun mana-mana syarikat autoresponder. Antara penyedia perkhidmatan autoresponder yang popular ialah Aweber, Getresponse, norabots dan Trafficwave. Terdapat juga syarikat lain yang menyediakan perkhidmatan dengan bayaran yang agak murah seperti shoutresponse,FireballAutoresponder,imnica mail,  dan banyak lagi. Untuk trafficwave, anda boleh mendapatkan panduan disini.

FTP software

FTP adalah ringkasan bagi File Transfer Protocol. FTP berfungsi untuk memuat naik semua fail dalam komputer ke hosting anda. Ada beberapa jenis perisian ini yang mempunyai fungsi yang sama. Sejak saya mengenal dunia hosting dan domain ni saya guna perisian FileZilla untuk memuat naik fail ke hosting.

Aksesori tambahan mesin wang ni boleh diperolehi di internet sama ada secara percuma atau berbayar. Apa yang pasti, selepas anda mendapatkan mesin wang ini sertailah mana-mana program affiliate sama ada program affiliate tempatan atau antarabangsa.

Hmmm.. jika ada tambahan boleh suarakan di ruang komen ye.

Tags: , , , , , , ,

Category: Blogging tips, Internet

Leave a Reply