Memilih pembekal hosting
Bagaimana memilih penyedia hosting apabila terlalu banyak pilihan penyedia hosting sedia ada?
Mencari hosting yang terbaik, umpama mencari sesuatu produk di yellow pages yang biasanya diberikan secara percuma oleh TM Point. Terlalu banyak produk yang sama daripada syarikat yang berlainan.Untuk memilih perkhidmatan yang terbaik daripada syarikat agak susah tetapi jika rajin meneroka, pencarian anda akan menemui jawapan. semoga berjaya mendapatkan hosting yang memenuhi ciri-ciri yang dikehendaki. Di sini saya menyedaiakan beberapa tips mendapatkan hosting;
Mendapatkan penyedia hosting yang terbaik adalah daripada syarikat hosting yang mempunyai peratusan uptime yang tinggi. Penyedia hosting yang mempunyai 99% uptime adalah ciri-ciri hosting yang terbaik. Kurang daripada itu kena pertimbangkan sebelum mengambil keputusan untuk membeli. Downtime server yang tinggi menyebabkan traffik ke blog anda juga kurang.
Pengalaman pengendali hosting juga perlu diambil kira dalam pemilihan hosting. Penyedia hosting yang baru mencerminkan pengalaman dan keupayaan mereka bersaing dengan penyedia hosting yang sudah lama menempah nama. Ini bukanlah memperkecil-kecilkan keupayaan usahawan baru dalam dunia bisnes hosting tetapi sudah terbukti ada beberapa hosting milik usahawan tempatan tidak dapat menyediakan perkhidmatan yang terbaik dan tidak terkecuali ada yang gulung tikar.
Membaca testemoni bukanlah cara terbaik memilih hosting. Adakalanya testemoni itu tidak jujur kerana hanya mendapatkan komisyen semata-mata melalui link affiliate. Tanyalah rakan-rakan diruang forum tentang servis syarikat penyedia hosting. Setelah mencapai keputusan yang positif barulah ambil keputusan.
Customer support daripada penyedia hosting sangat penting. Bila-bila masa anda akan menghadapi masalah dengan hosting anda jadi sudah tentu anda perlu menghubungi penyedia hosting anda untuk penyelesaian. Customer support yang paling bagus ialah 24/7, bermakana mereka melayan pelanggan 24 jam 7 hari seminggu. Jika anda menghadapi masalah, penyadia hosting sentiasa bersedia menjawab dan membantu serta menyelesaikan masalah teknikal hosting anda.
Sebenarnya terlalu banyak perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum mengambil keputusan membeli hosting. Walaupun di Malaysia terdapat banyak syarikat penyedia hosting seperti jomhosting.net, datakl.com, exabytes.com.my dan banyak lagi, belum tentu ia memenuhi ciri-ciri yang anda kehendaki.
Category: Blogging tips, Internet










