Login Facebook Dapat RM100

| April 9, 2010 | 0 Comments

Saya banyak kali menerima  email yang bertajuk login facebook dapat RM100.. Peww..bestnya login sahaja RM100 masuk ke dalam akaun bank kita. Kalau macam tu setiap minit saya login. Subuh-subuh pun saya login supaya dapat RM100. Sebenarnya ini adalah iklan buat duit daripada infinity downline. Anda login ke facebook, join infinity downline kemudian bayar RM100. Sebarkan maklumat login facebook dapat RM100 kepada kawan-kawan, sekiranya kawan-kawan join dan bayar RM100 anda akan dapat RM100…ini cuma pandangan saya saja kerana saya sendiri belum menyertai program infinity downline.  Bukan tak minat dengan duit tapi saya ada alasan tersendiri sebab saya tidak menyertai program ini, salah satunya kurang bajet…hehee.

Sebenarnya login facebook dapat RM100  adalah sebahagian kecil teknik pengiklanan dan pemasaran dengan menggunakan laman sosial seperti facebook. Ada banyak lagi teknik-teknik yang belum diterokai bagaimana memanipulasikan laman sosial ini sebagai tempat memasarkan bisnes atau produk. Sekiranya anda berjaya menguasai teknik-teknik pemasaran di laman sosial seperti facebook, anda dapat meningkatkan keuntungan perniagaan anda. Biasanya peniaga atau usahawan memasarkan barangan atau produk mereka secara online sama ada di portal lelongan ataupun di mudah.my tetapi sahabat saya berjaya menjual rim hondanya dengan meletakkan iklan di wall facebooknya. Saya tidak pasti bagaimana sahabat saya mendapat idea tersebut tetapi itulah realitinya. Nampaknya dimana-mana laman pun boleh buat duit asalkan kita bijak mencari peluang.

Baru-baru ini seorang usahawan internet iaitu Ammar zahar melancarkan produknya yang mendedahkan bagaimana beliau menguasai laman sosial facebook hingga menjana RM10,000 dalam masa sebulan. Beliau mendedahkan strategi-strategi yang beliau lakukan sendiri bagaimana buat duit di laman sosial facebook. Apa yang pasti teknik yang beliau dedahkan tidak sama dengan teknik login facebook dapat RM100. Jika difikirkan, melakukan pemasaran di facebook kurang effektif kerana kebanyakan yang membuka akaun di facebook hanya bersosial tetapi seperti yang saya katakan tadi, sahabat saya ( bukan Ammar Zahar laa ) berjaya menjual rim hondanya, dan Ammar Zahar sendiri telah membuktikan pemasaran di laman sosial facebook sangat berkesan jika menggunakan teknik yang betul. Jika anda mahu tahu teknik-teknik pemasaran yang didedahkan oleh Ammar sila baca maklumat penuh di sini.

Tags: , , , ,

Category: Buat duit online, Idea Bisnes

Leave a Reply