Install wordpress secara manual
Sebelum ini saya menulis cara setup blog wordpress yang menerangkan cara menginstall wordpress secara automatik. Entri kali ini menerangkan secara ringkas cara menginstall wordpress seraca manual. Bagi yang baru belajar membina blog yang barasaskan wordpress , mungkin berasakan cara manual susah tetapi sebenarnya ia tidaklah sesusah yang disangka. Ikuti panduan ringkas menginstall wordpress secara manual.
Langkah 1. Buat database di Cpanel anda. Klik MYSQL database untuk memulakan proses membina database.Pastikan anda copy database anda agar tidak terlupa.
Bina Database
Langkah 2. Download perisian wordpress yang terkini. Semasa saya menulis entri ini, perisian wordpress yang terkini ialah 2.9.2. Selepas mendownload, extract fail zip wordpress. Buka folder wordpress yang di extract kemudian cari fail wp-config-sample.php dan edit fail tersebut. Perkara yang anda masukan adalah nama database yang anda buat di Cpanel, username Cpanel anda dan password Cpanel anda kemudian “save”. Tukar fail wp-config-sample.php kepada wp-config.php.
Edit wp-config
Langkah 3. Upload Fail. Upload kesemua fail yang terdapat dalam folder wordpress dengan menggunakan Fail Zilla. Jangan ada tertinggal kerana ia boleh menjejaskan proses menginstall. Selepas kesemua fail berjaya diupload ke hosting anda, tidak bermakna proses menginstall sudah selesai. Tinggal satu langkah untuk menyempurnakan proses menginstall wordpress.
Langkah 4. Install wordpress. Untuk menginstall wordpress sepenuhnya, taip url blog anda contohnya http://namablog.com/wp-admin/install.php . Isikan maklumat yang diminta kemudian klik “continue” . Blog wordpress anda selesai diinstall sepenuhnya.
Sedikit tips bagi mereka yang baru membina blog yang berasaskan wordpress, menginstall wordpress cara manual amat disarankan berbanding dengan cara automatik. Ini adalah kerana perisian wordpress yang anda download di wordpress sentiasa update berbanding dengan wordpress secara automatik yang bergantung kepada pemilik hosting untuk mengupdatenya. walau bagaimanapun jika anda mahu menggunakan kaedah automatik, anda boleh update perisian wordpress anda di kemudian hari.
Category: Blogging tips










