Imnica Mail – Autoresponder terbaik, harga berbaloi

| May 18, 2011 | 2 Comments

Autoresponder

Salam sejahtera, dalam beberapa minggu ni tak update blog kerana sibuk dengan komitment saya. Kali ni ambil kesempatan update blog sambil menyampaikan info terbaru daripada imnica mail.

Balik kepada tajuk asal,baca tajuk macam menidakkan keupayaan autoresponder yang dikenali ramai seperti aweber dan getresponse. Sebenarnya bukan begitu maksudnya. Semua pengguna autoresponder mengakui dua kompeni autoresponder ni adalah yang terbaik. Walaupun mereka menggunakan autoresponder ni, mereka juga menggunakan autoresponder dari kompeni lain sebagai autoresponder kedua. Sebenarnya apapun jenis autoresponder yang anda guna  boleh memberikan hasil asalkan tahu bagaimana memanfaatkannya.

Masalah bagi pengguna yang mempunyai bajet yang terhad  tidak mampu membayar langganan yang mahal seperti aweber dan getresponse. Maka dengan itu ada yang melupakan sahaja niat untuk mendapatkan autoresponder walaupun menjalankan perniagaan secara online. Sebenarnya anda tidak perlu memeningkan kepala untuk mendapatkan autoresponder seperti aweber dan getresponse kerana terdapat kompeni autoresponder lain yang mempunyai ciri-ciri sebagus kedua-dua autoresponder ni. Keputusan memilih autoresponder adalah ditangan anda kerana andalah yang menggunakannya.

Autoresponder yang saya maksudkan ialah imnica mail. autoresponder ini bagus sebab mempunyai ciri-ciri seperti autoresponder lain. Anda boleh membuat perbandingan dengan membaca features setiap kompeni autoresponder. Kelabihan imnica mail ialah dari segi harga yang jauh lebih murah berbanding dengan aweber, getresponse, trafficwave, norabots. Ketika saya melanggan imnica mail, harganya cuma $9 sebulan untuk 5000 subscriber. Namun berita buruk daripada imnica mail yang baru saya dapat daripada newsletter sebentar tadi, harga untuk pakej 5000 sebscriber akan dinaikkan kepada $14 sebulan dalam masa beberapa hari lagi. Walau bagaimanapun imnica mail memperkenalkan pakej baru iaitu 2500 subscriber dan 1000 subscriber yang boleh diperolehi dengan harga mampu milik. Malah….

Berita baik daripada imnica mail, untuk pakej 1000 subscriber boleh dilanggan secara percuma tetapi dengan fungsi yang terbatas serta terdapat iklan  imnica mail. Maknanya apabila anda menghantar email kepada subscriber akan terdapat iklan seperti power by imnica mail di bahagian footer. Untuk permulaan atau latihan bolehlah buka akaun percuma imnica mail. Jika rasa-rasa autoresponder ni bagus untuk wang anda, bolehlah langgan secara berbayar.

Keputusan ditangan anda… buka akaun imnica mail disini

Autoresponder

Tags: , , ,

Category: Autoresponder

Comments (2)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. Mimie says:

    huhuhh..masih lagi mempertimbangkan autoresponder mana satu nak langgan.

  2. mefranz says:

    keputusan ditangan Mimie..

Leave a Reply