Cara setup blog wordpress

| March 11, 2010 | 1 Comment

Ini adalah entri kedua blog saya..pembuka kata hari ni. Ok..oleh kerana saya sudahpun berjaya setup blog wordpress saya ni dengan jayanya..hee, saya kongsikan pula kepada pembaca blog ni bagaimana cara setup atau membina blog dot com berasaskan wordpress. Blog dot com maksud saya disini adalah blog yang mempunyai domain dan hosting berbayar.

Pertama, dapatkan nama domain yang paling glamer untuk anda. Lepas pilih nama yang sesuai untuk blog anda, dapatkan pula hosting yang sesuai untuk anda. Untuk mendapatkan hosting yang bagus kena rajin cari maklumat di internet.  Blog saya ni di hostkan di datakl.com sementara domainnya saya dapatkan di jomhosting.net.  Kalau anda mempunyai satu domain sahaja anda kena beli domain dan hosting di hosting yang sama. Sambung cerita..apabila kedua-dua domain dan hosting sudah dikenal pasti, jangan tunggu lama-lama,tempah segera sebelum nama glamer blog anda diambil oleh orang lain.

Langkah kedua. Selepas anda melakukan pembayaran domain dan hosting, tunggu beberapa jam..mungkin dalam 1 jam begitu untuk setup hosting anda. Anda akan dihubungi oleh penyedia hosting apabila semuanya selesai berserta dengan maklumat akaun anda seperti username dan password cpanel anda. Biasanya adalah penerangan ringkas bagaimana login ke cpanel anda. Pastikan anda tidak lupa username. Password tu nanti boleh ditukar di cpanel tapi jangan sampai lupa pula..Apabila dah login ke cpanel, jangan terkejut dengan fail-fail yang banyak disitu..releks saja…

Langkah ketiga. Langkah kedua sebenarnya tak ada apa-apa..Ok..sekarang mulakan menginstall perisian wordpress ke blog anda. Untuk kali ni, kita belajar bina blog wordpress   secara auto. Cari perkataan Fantastico. Dah dapat, terus saja klik. Jangan takut kerana tidak akan ada apa-apa berlaku. Selepas mengklik fail Fantastico, paparan baru akan muncul. Lihat menu di sebelah kiri ada perkataan wordpress. Oleh kerana kita mahu install perisian wordpress maka klik saja perkataan wordpress. Klik pula perkataan new installation. Selepas tu paparan seperti borang akan muncul..Isi kesemua ruang kosong tu terutama email anda, username yang anda suka, password untuk login ke blog anda nanti dan tajuk blog anda. Lepas tu klik install wordpress. Installation done!

Selesai sudah proses setup blog anda. Taip url blog anda di browser contohnya namablog.com/wp-admin. Masukkan username dan password yang disetup tadi. Jika maklumat yang dimasukkan betul anda akan dibawa ke ruang admin blog anda. Nah! tunggu apa lagi mulalah blogging..

Semoga panduan ringkas ini dapat membantu membangunkan blog anda. Jika sekiranya masih samar-samar, dapatkan panduan kitblogger daripada Smartzul di http://www.bloggingsteps.com/kit/. Untuk hosting saya cadangkan anda dapatkan di datakl.com atau di jomhosting.net.

Tags: , , , , ,

Category: Blogging tips, Internet

Comments (1)

Trackback URL | Comments RSS Feed

Sites That Link to this Post

  1. Install wordpress secara manual | Mefranz Blog | March 21, 2010

Leave a Reply