Cara pemasaran affiliate

| April 16, 2010 | 2 Comments

Program affiliate bermaksud kita sebagai agen (orang tengah) akan mempromosikan produk pihak lain (usahawan atau syarikat) dan akan mendapat bayaran (komisyen) jika ada orang membeli produk tersebut melalui link affiliate kita.Sesiapa sahaja layak untuk menyertai program affiliate,selalunya keahlian ditawarkan secara percuma. Setelah mendaftar anda akan diberi satu link affiliate yang unik,dimana dengan link ini lah nnti menjadi alat untuk anda mengaut seberapa banyak wang melaluinya.Jadi bagaimana teknik yang harus anda lakukan untuk menjual produk melalui link affiliate anda itu tadi??  Di bawah ini adalah 4 cara effektif untuk mendapatkan komisyen affiliate anda.

Antara teknik pemasaran affiliate  :
i) Promosi Melalui Blog
ii) Promosi Melalui Ruang Forum
iii) Promosi Melalui pemasaran email
iv) Promosi Melalui Pengiklanan

Promosi Melalui Blog
Pergi ke mana-mana blog pun anda akan melihat iklan banner. Banner yang dipamerkan diblog itu bukanlah hiasan blog tetapi iklan banner daripada produk yang dipromosi oleh agen affiliate diblognya.Selain daripada meletakkan banner diblog, pemilik blog juga dalam mempromosikan link affiiate dengan membuat review atau membuat ulasan sesuatu produk. Blogger menerangkan kebaikan, kekuatan dan kelemahan produk yang dipromosikannya kemudian mencadangkan pembaca mendapatkan produk tersebut melalui link yang disediakan yakni link itu adalah link affiliate. Jelas sekali blog sangat effektif sebagai tempat untuk melakukan promosi affiliate. Bagi yang sudah menjadi agen affiliate tetapi belum mempunyai blog, anda boleh membuat blog secara percuma sahaja di blogspot. Namun jika serius menjana pendapatan melalui program affiliate, dapatkan blog berbayar kerana blog berbayar sudah tentu banyak kelebihannya. Anda boleh mendapatkan hosting serendah RM10 setahun disini.

Promosi Melalui Forum
Jika anda pernah mengetahui atau membeli panduan kuasaforum yang ditulis oleh smartzul, anda semestinya mengetahui ruang forum sangat berpotensi mendapatkan komisyen affiliate yang anda sertai. Promosi melalui ruang forum adalah salah satu cara yang mudah dan percuma, dan berkesan. Namun begitu ia memerlukan kesabaran dan dedikasi dalam berforum. Secara teknikalnya anda cuma perlu meletakkan link affiliate anda di ruangan signature dan seterusnya berforum dan link signature anda tadi akan terpampang setiap kali anda membuat post. Semakin banyak anda membuat post maka semakin keraplah link anda dilihat atau terpapar diforum tersebut. Perlu diingat kebanyakan ahli forum mempunyai tujuan yang sama iaitu membuat promosi. Oleh itu anda haruslah melakukan sessuatu yang membolehkan anda dihormati oleh ahli forum. Antaranya anda harus memberikan pendapat yang bernas apabila membincangkan sesuatu isu. Antara ruang forum yang terdapat di malaysia ialah wangcyber.com, jombincang dan banyak lagi yang lain. Untuk makluman lanjut tentang teknik forum ini, dapatkan panduan kuasaforum.

Promosi Melalui Pemasaran E-mail
Menurut usahawan internet yang berjaya, Kaedah pemasaran email adalah antara kaedah yang paling berkesan. Kebanyakan affiliater terkenal tempatan dan antarabangsa, mengakui teknik ini jauh lebih baik daripada teknik-teknik lain. Ini adalah kerana affiliater mempunyai hubungan yang berterusan dengan subscribernya. Sebelum affiliater melakukan promosi produk tertentu, mereka terlebih dahulu menyogokkan subscriber tips-tips kemudian disusuli dengan cadangan produk menerusi link affiliate . Oleh kerana subscriber sudah dimomokkan dengan tips-tips yang berterusan daripada affiliater melalui email followup, akhirnya subscriber mengambil keputusan untuk membeli produk yang dicadangkan. Semakin ramai subscriber affiliater maka potensi untuk mendapatkan income yang lebih besar juga semakin besar. Untuk teknik pemasaran email ini, seseorang affiliater itu mempunyai software yang mengurus mendapatkan subscriber dan menghantar email followup kepada subscriber. Software ini dikenali autoresponder yang anda boleh dapat secara percuma atau berbayar. Bagi mereka yang serius dalam pemasaran email, adalah digalakkan mendapatkan perkhidmatan autoresponder berbayar seperti Aweber, GetResponse, Norabots.

Promosi Melalui Pengiklanan
Pengiklanan yang paling popular adalah google adwords dan pengiklanan diportal yang mempunyai traffik yang tinggi. Untuk teknik ini portal Berita harian Online dan Lelong.com.my adalah tempat yang paling sesuai jika sekiranya sasaran anda adalah dalam Malaysia. Jika anda rajin berkunjung ke laman web Berita Harian Online ataupun di portal lelong.com.my, Anda akan mendapati banyak iklan-iklan yang terdapat di situ. Iklan tersebut bukan milik Berita Harian Online mahupun lelong.com.my. Sebenarnya iklan tersebut milik para pengiklan sama ada mempromosi produk sendiri ataupun program affiliate. Pengiklan memilih portal ini sebagai tempat pengiklanan kerana portal ini mempunyai bilangan pengunjung yang ramai setiap hari. Mengiklan di Berita harian Online ataupun di lelong.com.my adalah berbayar dan kadar bayarannya pula bergantung kepada bentuk dan saiz iklan. Potensi untuk mendapatkan jualan melalui teknik pengiklanan ini adalah besar kerana portal yang saya nyatakan mempunyai kunjungan pelayar internet yang sangat banyak.

Tags: , , , , , ,

Category: Autoresponder, Buat duit online, Tips affiliate

Comments (2)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. Mantra says:

    Bagi yang baru,
    promosi affiliate menggunakan laman web
    pengiklanan memang sesuatu yang disyorkan.
    Ia simple dan menjadi langkah awal kepada
    newbie…

  2. afiq says:

    tiada alasan lg utk newbie menceburkan diri dalam pemasaran affiliate..yg penting jgn berptus asa dalam menimba ilmu..

Leave a Reply