Cara buat duit dengan blog
Blog semakin popular hari ini. Mungkin kebanyakan pengguna tegar internet sudah mempunyai blog untuk tujuannya yang tersendiri. Ada buat blog sebagai hobi atau suka-suka dan ada juga yang membina blog untuk tujuan bisnes untuk mendapatkan pendapatan sampingan melalui blog. Menyentuh tentang buat duit dengan blog, sudah tentu ramai di luar sana yang tertanya-tanya bolehkah buat duit dengan blog? Untuk menjawab perseolan ini, dunia bisnes sudah mengalami perubahan dengan kewujudan internet.Dahulu bisnes hanya tertumpu di alam realiti sahaja tetapi semenjak kewujudan internet, bisnes kini sudah berada dialam maya. Namun bisnes dialam maya bukan tidak menguntungkan malah ramai jutawan dilahirkan dengan menjalankan bisnes dialam maya ini. Disni saya kongsikan beberapa idea cara buat duit dengan blog yang anda bangunkan. Idea ini sudah lama diaplikasikan oleh blogger yang sudah berjaya menjana puluhan ribu ringgit melalui blog mereka. Idea buat duit melalui blog ini juga perlu anda cuba jika anda masih tertanya-tanya bagaimana buat duit dengan blog.
1.Program Pay Per Click
Sertai program google adsense dan buat duit dengan google adsense. Ramai usahawan Malaysia dan juga di seluruh dunia telah berjaya menjana pendapatan dengan google adsense. Dengan menyertai program google adsense, anda bersetuju memberikan ruang iklan google adsense diblog anda. Sebagai imbuhan yang anda perolehi, anda akan dibayar oleh google adsense setiap klik iklan adsense diblog anda pada kadar tertentu. Semakin ramai pengunjung berkunjung ke blog anda, peluang menjana pendapatan dengan google adsense juga semakin tinggi. Dalam keghairahan buat duit dengan adsense, anda diingatkan supaya tidak mengklik iklan sendiri untuk mengelakkan akaun google adsense anda kena banned.
2.Menyertai program affiliate
Sertailah mana-mana program affiliate. Sila baga tips-tips affiliate yang saya tulis sebelum ini. Setelah anda menyertai mana-mana program affiliate, buat sedikit review mengenai dengan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan sebagai makluman awal kepada pengunjung blog anda. Jika malas-malas buat review, dapatkan banner yang disediakan oleh penyedia program affiliates kemudian letakkan diblog anda. Anda tidak perlu risau soal penghantaran produk kerana semua proses penghantaran diuruskan oleh penyedia program affiliates. Program affiliate sangat menguntungkan jika melakukan teknik pemasaran yang betul. Ramai bloggger tempatan menjana ribuan ringgit walaupun hanya melakukan promosi produk tempatan. Sekiranya blog anda blog berbahasa inggeris, sertailah program affiliate antarabangsa contohnya di clickbank.Contoh program affiliate yang menarik ialah eruwangerryaffiliates.com dan banyak lagi yang lain.
3. Pengiklanan
Buka ruang pengiklanan di blog anda.Sekiranya blog anda mempunyai traffik yang tinggi, anda bolehlah membuka ruang pengiklanan di blog anda.Anda boleh menyewakan ruang iklan sama ada mingguan ataupun bulanan. Sekiranya traffik anda tinggi anda boleh meletakkan harga yang lebih tinggi bergantung kepada saiz banner yang dipasang. Anda boleh melihat bharian online, lelong.com.my yang membuka ruang sewa iklan.
4. Jual produk sendiri
Sekiranya anda mempunyai produk yang hendak dijual, anda boleh promosikan diblog anda. Atau anda bersedia untuk melakukan sesuatu perkhidmatan seperti perkhidmatan setup blog, buat banner atau apa juga jenis bisnes anda.Pengunjung yang berminat dengan perkhidmatan anda akan memberikan keuntungan kepada anda.
Begitulah idea buat duit dengan blog anda. Dengan idea ini maka terjawablah persoalan sama ada boleh atau tidak buat duit dengan blog. Terpulanglah kepada anda bagaimana anda menjana pendapatan dengan blog anda. Yalahh..kalau mahu duit lebih kenalah usaha lebih juga. Ok..hanya yang terbaik untu anda,selamat berjaya.
Category: Blogging tips, Buat duit online, Internet










