Cara buat blog percuma
Sekali lagi saya menulis panduan cara membina blog cuma bezanya kali ni saya akan menerangkan cara-cara membina blog percuma berasaskan blogspot juga dikenali blogger. Panduan ringkas ini cuma sesuai untuk mereka yang baru mahu mengenal blog percuma ni. Yang sudah pandai buat blog percuma dengan blogspot tu, pada masa akan datang saya cuba kongsikan beberapa tips berkaitan dengan blogger. Antaranya membina laman web berasaskan blogspot [ contoh ].
Ehh!! mana sudah cara-cara bina blog percuma ni?? Tadi tu sebagai pengenalan sahaja. Sekarang ikuti beberapa langkah mudah membina blog percuma di blogspot atau blogger.Sebelum anda membina blog percuma di blogspot, pastikan anda sudah membuka akaun google iaitu akaun gmail. Gmail ini penting sebagai username anda apabila hendak login ke akaun blog percuma anda.Jika anda sudah mempunyai akaun copy and paste url [ https://www.blogger.com/start ] di browser anda. Anda boleh terus sign in atau klik butang ” CREATE A BLOG “. Mana-mana pun boleh sebab akhirnya anda akan menghasilkan sebuah blog percuma dengan blogspot. Bagi yang baru nak bina blog percuma ni, saya galakkan anda klik “create A Blog” di susuli dengan beberapa langkah seterusnya.
Langkah pertama isikan semua butiran yang diminta oleh penyedia blog percuma anda. Isi maklumat yang betul terutama sekali email anda. Password anda adalah yang sama dengan akaun gmail anda. Setelah semua butiran yang diminta selesai diisi, klik sahaja perkataan “Continue”
Langkah kedua. Berikan nama blog anda. Tulislah nama blog yang sesuai dengan kandungan blog anda kelak. Sekiranya saat ini anda masih buntu menamakan nama blog anda, tulis saja apa yang terlintas dalam fikiran kerana ia boleh diubah suai pada bila-bila masa. Alamat url anda pula pastikan yang kekal supaya carian google tidak akan tersesat ke alamat anda nanti. Walaupun alamat url ini juga boleh diubahsuai pada bila-bila masa, ia tidak digalakkan bagi mengekalkan kedudukan traffik anda.
Langkah ketiga adalah memilih template blog. Pilih template yang sesuai untuk anda. Untuk makluman anda, template ini adalah baju dan boleh diubah pada bila-bila masa. Malah anda juga boleh mandapatkan template percuma untuk blog anda. Untuk entri ini saya tidak menunjukkan bagaimana cara tukar template blog percuma tapi mungkin pada entri akan datang.
Dengan tiga langkah asas tadi, blog percuma berasaskan blogspot sudah siap. Seterusnya anda mulakan memuat naik artikel ke blog anda.Terdapat beberapa fungsi lain di ruang admin seperti posting,setting dan layout. Untuk memahirkan diri disetiap fungsi ni, anda haruslah menerokanya sehingga berjaya menguasainya.
Semoga penerangan ringkas membina blog percuma dengan blogspot ni dapat membantu bakal blogger membina blog pertama. Jika anda mengambil sedikit masa dengan blog anda, anda boleh menghasilkan sebuah blog yang menawan.Ini terpulang dengan minat anda sebagai blogger.
Category: Blogging tips, Internet










