Cara bina halaman automatik redirect

| April 7, 2010 | 0 Comments

Salam sejahtera semua.Saya baru sahaja upload 6 Modul Adsense percuma. Jika sekiranya anda belum mendapatkannya, sila dapatkan secara percuma sahaja.Anda tidak rugi kerana banyak teknik sebenarnya yang didedahkan dalam modul adsense tu.

Untuk blogger yang baru dan masih tercari-cari skrip redirect, berikut saya berikan contoh skrip redirect yang saya sendiri menggunakannya. Skrip ini hanya sesuai untuk membawa pengunjung dari satu halaman ke satu halaman berbeza. Skrip redirect ni tidak sesuai digunakan untuk memendekkan link affiliate. Skrip ini sesuai digunakan  jika sekiranya anda menukar nama atau memindahkan halaman website anda ke lokasi baru. Biasanya apabila pengunjung menaip url ke halaman yang sudah ditukar nama atau dipindahkan lokasinya, page error akan dipaparkan. Jika sekiranya halaman itu memang sudah dihapuskan tak apalah tapi jika diubah nama atau lokasinya, ini adalah satu kerugian kepada anda. Jadi untuk mengatasinya gunakan auto redirect. Beritahu pengunjung yang halaman itu sudah dipindahkan dan akan dibawa kehalaman tersebut dalam masa 10 saat..pengunjung akan dibawa ke halaman baru.

Cuba gunakan skrip di bawah..Buat satu halaman html kemudian tulislah apa-apa memo kepada pengunjung. Sebagai contoh

” Halaman sudah dipindahkan.Anda akan dibawa ke halaman baru secara automatik. Jika sekiranya anda tidak dibawa ke halaman baru dalam tempoh 10 saat, sila klik link berikut : http://mefranzblog.com”
Letakkan kod di antara tag head

<HEAD>

<meta http-equiv=refresh content=”x;url=http://mefranzblog”>

</HEAD>

Huruf X adalah jumlah saat atau masa yang ditetapkan sebelum pengunjung dibawa ke halaman baru secara automatik dan mefranzblog.com adalah halaman baru. Tetapkan X sekitar 10 saat agar pengunjung ada masa membaca dan memahami apa yang berlaku.

Sekian, semoga ia memberi manfaat kepada anda.

Tags: , ,

Category: Blogging tips, Internet

Leave a Reply