Buat duit dengan program affiliate
Sekali lagi saya menulis tentang buat duit iaitu buat duit dengan program affiliate. Seorang sahabat di FB bertanyakan kepada saya mengenai affiliate dan cara buat duit dengan affiliate. Walaupun tajuk ini sudah dibincangkan di blog usahawan internet, saya juga tidak ketinggalan membincangkannya bagi tidak menghampakan pengunjung blog ini.
Secara ringkasnya, program affiliate ialah satu program dimana kita menjadi agen untuk mempromosikan sesuatu produk orang lain. Jika sekiranya mendapat jualan melalui link affiliate maka anda layak untuk mendapatkan komisyen mengikut jumlah yang ditetapkan oleh tuan punya produk.
Menjadi agen affiliate adalah percuma. Walau bagaimanapun terdapat juga program affiliate berbayar atau anda kena beli produk baru boleh menjadi agen affiliate.Saya sarankan anda menyertai mana-mana program affiliate percuma sahaja.Untuk menjadi agen affiliate, anda terlebih dahulu mendaftar dengan melengkapkan borang yang disediakan. Biasanya permohonan anda lulus serta merta. Untuk mendapatkan link affiliate anda, login ke ruang sistem affiliate dan dapatkan link affiliate. Mendapatkan link affiliate adalah berbeza mengikut sistem affiliate yang digunakan. Link affiliate anda mempunyai ID yang unik dan ID ini merupakan identiti anda. Setelah mendapatkan link affiliate, lakukan promosi untuk menjana pendapatan dengan program affiliate. Sekiranya prospek membeli produk yang anda promosi melalui link affiliate anda maka anda akan mendapat komisyen. Ini adalah cara buat duit dengan program affiliate.
Terdapat banyak program affiliate tempatan yang menawarkan komisyen yang tinggi sehingga 50%. Apabila anda menyertai sesuatu program affiliate, komisyen yang diberikan perlu dipertimbangkan agar usaha promosi anda berbaloi. Antara program affiliate yang menawarkan komisyen sehingga 50% ialah www.eruwangerryaffiliates.com, www.kelabniaga.com dan banyak lagi. Saya menyarankan program ini kerana selain daripada komisyen tinggi,ia juga menggunakan sistem affiliate berpusat.
Sekian dan saya harap sudah terjawab bagaimana buat duit dengan program affiliate.
Category: Buat duit online, Tips affiliate











Comments (1)
Trackback URL | Comments RSS Feed
Sites That Link to this Post