Buat duit dengan gambar di blog
Salam hormat kepada semua pembaca blog. Kali ni saya nak kongsikan kepada anda bagaimana buat duit dengan blog dengan gambar atau imej yang anda diblog anda . Sebenarnya saya sendiri baru mengetahui rahsia ini setelah membaca blog negara tetangga kita. Mungkin ada yang sudah tahu tapi tak mahu berkongsi sumber pendapatan di internet dan bagi yang belum tahu baca post saya ini sehingga selesai.
Sebagai seorang blogger, tidak kira apa niche blog anda, saya percaya anda tidak terlepas daripada mengupload gambar. Anda menulis artikel mengenai percutian anda maka anda tentu akan upload koleksi gambar percutian anda untuk dikongsikan kepada kawan-kawan dan juga pembaca. Gambar yang anda upload itu hanyalah sebagai hiasan post anda. Bagaimana jika anda jadikan gambar yang anda upload di blog itu sebagai bahan untuk buat duit.
Bolehkah buat duit dengan gambar? Biasanya seseorang buat duit dengan gambar dengan menjual gambar tersebut tapi kalau gambar yang anda upload tu gambar peribadi siapa pula nak beli? Sebenarnya buat duit dengan gambar tidak semestinya dengan menjual gambar. Bagaimana jika anda buat duit dengan gambar dengan menampilkan contextual ads sama seperti adsense dan yang seumpama dengannya?
Bagi menjadikan gambar yang anda upload itu lebih bernilai, sertai syarikat pengiklanan yang ada meletakkan atau menampilkan iklan di setiap gambar yang anda upload di blog. Anda boleh buat duit dengan meletakkan skrip yang simpel sahaja di blog anda sama ada blog anda blog berbayar mahupun blog percuma seperti blogspot. Lihat gambar di bawah bagaimana rupa iklan yang akan muncul di setiap gambar yang anda upload diblog anda.
Saya harap dengan imej di atas memberi gambaran kepada anda bagaimana buat duit dengan gambar di blog anda. Jika berminat anda boleh buka akaun di imagespacemedia secara percuma. Kelulusan biasanya dalam masa 24 jam. Jika sekiranya permohonan anda tidak berjaya diluluskan bermakna gambar yang anda upload itu tidak sesuai..seperti ada unsur porno. Rasanya anda sudah faham jadi mulalah buat duit dengan gambar.. Buka akaun di imagespacemedia.com
Anda juga boleh buat duit dengan gambar dengan upload gambar anda di share a picture. Jika anda seorang jurugambar, kongsikanlah gambar anda di share a picture dan mula buat duit dengannya. Untuk mengetahui bagaimana buat duit dengan share a picture sila ke shareapicture.com. Saya sudah join program ni tapi oleh kerana saya bukan jurugambar pro maka income saya di share a picture pun tak pro juga.
Selamat berjaya.
Category: Buat duit online











