Buat duit dengan blog tidak mustahil
Jika anda seorang blogger atau pembaca mana-mana blog sama ada blog berbahasa Malaysia atau Inggeris, anda mungkin pernah terdengan tentang menjana pendapatan dengan blog. Ia memang tidak mustahil. Malah, memang ada sebuah panduan di luar sana yang mendedahkannya bagaimana menjadi seorang blogger yang berjaya menjana pendapatan. Sudah ramai blogger yang berjaya menjana pendapatan hanya dengan sebuah blog. Laporan penuh di rahsia aku seorang blogger.
Apa sebenarnya blog? Blog merupakan laporan umum bagi seseorang, perniagaan bahkan medan penyampai mesej. Dengan blog, satu-satu negara, digegarkan dengan gelombang politik era baru. Dengan blog juga, seseorang itu dapat mempertahankan dirinya. Seseorang juga boleh menjana pendapatan yang lumayan malah menjadi jutawan dengan sebuah blog, sebagai contoh Dr. Irfan, Gobala Krishnan, Patrick Chan dan ramai lagi.
Tidak kira siapa kita, kita semua adalah blogger.Anwar Ibrahim mempertahankan dirinya melalui blognya. Tun Dr. Mahathir menyampaikan pemikiran-pemikirannya melalui blog selepas melepaskan jawatan perdana menteri Malaysia. Najib juga berblog menjelaskan perancangan dan stratergi membangungkan negara. Orang politik membina blog untuk menyampaikan mesej kepada rakyat.Biar apa pun tujuan seorang blogger membuat blog, politik atau tidak politik, agama atau bukan agama, perniagaan atau bukan perniagaan, blogging merupakan satu wadah menyampaikan sesuatu.
Siapapun kita, itulah tujuan berblogging. Anda berblog, kerana anda ingin kongsikan pendapat anda, pemikiran anda, apa yang anda nampak dan kerana kebebesan bersuara. Stratergi yang betul, anda berjaya memperoleh sejumlah pelawat yang konsiten. Daripada situ, anda mula memperoleh side income. Pendapatan sampingan. RM20 ke RM50 sebulan. Mungkin melalui pengiklanan seperti Adsense, Nuffnang ,Innity atau bidvertiser. Setelah anda mendapat tune, anda mula menjana Pasif Income.
Membina sebuah blog tidaklah susah sangat kerana panduan membina blog sudah banyak. Anda cuma ambil langkah seterusnya iaitu memulakannya. Anda boleh memulakan dengan membina blog percuma di blogger. Jika anda membina blog untuk tujuan perniagaan anda syorkan membina blog dot com atau blog berbayar.
Category: Blogging tips, Buat duit online, Idea Bisnes











