Bagaimana untuk meningkatkan jualan

| April 1, 2010 | 0 Comments

Apabila anda menyertai sesuatu program affiliates, anda sering membayangkan betapa banyak jualan yang akan anda dapat melalui link affiliates anda. Anda berangan-angan tentang komisyen yang akan anda dapat seperti hujan turun, mencurah-curah turun daripada langit.

Malangnya, khabar indah tidak seperti rupa. Walaupun pada awalnya mimpi indah, tetapi mimpi indah itu terus hilang apabila anda meletakkannya di laman web anda. Seperti mimpi indah yang menjadi mimpi ngeri, anda telah membazir berjam-jam di depan komputer untuk menulis reviews, mengurus banner iklan… dan hasilnya tidak begitu memberangsangkan.

Kurang daripada 1% jualan anda berbanding pelawat yang datang. Anda harapkan lebih banyak, tetapi kurang yang anda dapat. Amat mengecewakan kerana pelawat ke blog amat memberangsangkan..Dimana silapnya?

Anda rasa surat jualan produk menepati prinsip AIDA (Attention, Interest, Desire, Action) tetapi surat jualan tetap tidak dapat menjual sebaik yang anda mahukan. Anda juga sedar produk yang anda sedang promosikan mendapat sambutan hangat di pasaran tetapi kenapa tidak dapat komisyen lagi?

Rahsia sebenar dalam menjual di Internet bukanlah terletak di surat jualan atau produk yang hebat, tetapi di tangan trafik yang relevan.

Ceritanya begini.

Bayangkan jika seseorang yang tidak berminat dengan buku masuk ke kedai buku. Adakah dia akan membeli buku-buku yang ada di kedai buku… atau dia di sana untuk melakukan perkara yang lain? Dia hanya berminat untuk pergi rak alat-alat tulis dan membeli itu sahaja dan keluar. Itu sahaja yang dia minat.

Dia tidak akan menyentuh buku-buku yang berada di rak buku. Sama juga di Internet. Jika dia tidak berminat dengan apa yang anda tawarkan, dia akan beredar begitu sahaja. Dia tidak akan kisah dengan apa yang anda lakukan. Dia hanya di situ untuk membeli apa yang dia mahu.

Jadi, cara terbaik untuk mendapatkan jualan adalah dengan menndapatkan trafik yang berminat dengan apa yang anda tawarkan. Tak guna anda mengupah penulis iklan dengan harga yang tinggi tetapi trafik yang anda dapatkan tidak berminat dengan apa yang ditulis di surat jualan tersebut.

Berminat untuk mendapatkan Clickthrough Rate lebih tinggi di Google, dapatkan rahsia di sini.

Tags: , , , ,

Category: Buat duit online, Tips affiliate

Leave a Reply