Autoresponder mana satu sesuai untuk anda
Sistem autoresponder sangat penting dalam pemasaran email. Setiap usahawan internet memerlukan sistem autoresponder. Tanpa sistem autoresponder, perniagaan internet tidak lengkap. Ramai usahawan baru mengabaikan siatem autoresponder kerana ia adalah berbayar selain daripada tidak mempunyai panduan autoresponder yang boleh membantu.
Sistem autoresponder adalah satu sistem maklum balas yang bekerja secara automatik bekerja 24 jam sehari. Apabil seseorang subscriber menghantar email melalui borang yang disediakan oleh pemilik laman tertentu, satu balasan email akan dihantar secara auto oleh sistem autoresponder. Subscriber seterusnya akan menerima beberapa email susulan yang dikenali follow up atau newsletter berbentuk tips mengikut tempoh masa yang ditetapkan. email susulan ini sebenarnya sudah disiapkan lebih awal sebluan atau setahun yang lepas. Dalam erti kata lain, sistem autoresponder ini adalah setiausaha bagi usahawan internet.
Memiliki sistem autoresponder banyak kelebihannya yang menyebabkan ia begitu perlu bagi usahawan internet. Antara kelebihan memiliki sistem autoresponder adalah seperti berikut;
1. Sistem autoresponder dapat menjimatkan masa anda menghantar newsletter atau followup kepada subscriber. autoresponder bekerja untuk anda walaupun ketika anda sedang tidur pada pukul 2 pagi, ketika anda sedang melancong atau ketika anda sedang bekerja di pejabat.
2. Sekiranya anda bermurah hati memberikan produk secara percuma, biarlah sistem autoresponder yang uruskannya. Hanya lakukan setting, yang lain sistem autoresponder akan lakukannya termasuk menghantar link download kepada subscriber yang berminat dengan produk percuma anda. Anda juga sebenarnya sedang membina senarai email yang akhirnya menukar kepada pembeli.
3. Anda dapat menyimpan senarai pembeli produk anda. Ini penting kerana jika suatu hari nanti anda melakukan update terhadap produk anda, anda boleh menghantar produk yang sudah diupdate kepada pembeli sah sahaja.
4. Senarai adalah duit. Untuk mengumpul senarai email perlu ada sistem autoresponder.
Terdapat 3 jenis sistem autoresponder yang saya tahu iaitu
1. Skrip autoresponder percuma yang diinstall dihosting sendiri
2. Software yang diinstall di komputer sendiri
3. autoresponder yang disewa daripada penyedia sistem autoresponder
Saya pernah menggunakan yang pertama dan masih menggunakan yang ketiga. Skrip autoresponder percuma sesuai jika anda baru belajar sistem autoresponder. Setelah anda mempunyai 100 subscriber, segeralah beralih ke sistem autoresponder berbayar kerana skrip percuma banyak kelemahannya. Terdapat banyak perkhidmatan sistem autoresponder, daripada harga mahal, sederhana hingga yang murah. Pilih mana-mana sistem autoresponder mengikut kemampuan anda.
Berikut adalah antara perkhidmatan sistem autoresponder ;
Mahal
1. GetResponse
Harga bermula dari $18 sebulan dan dikenakan bayaran tambahan mengikut jumlah subscriber. Klik disini untuk mengetahui features GetResponse.
2. Aweber
Harga bermula dari $19 sebulan dan dikenakan bayaran tambahan mengikut jumlah subscriber.Trial untuk sebulan cuma $1 sahaja. Klik disini untuk mengetahui features Aweber.
Sederhana
1. Norabots
Harga yang dikenakan oleh norabots adalah $14.97 sebulan. Ia sesuai bagi usahawan yang baru bermula. Klik disini untuk mengetahui features Norabots.
Murah
1. Imnicamail
Harga bermula $9.95 sebulan. Ini adalah sistem autoresponder yang termurah saya jumpa. Kebanyakan usahawan Malaysia mahupun antarabangsa mendapatkan perkhidmatan autoresponder ini kerana harga setiap pakej yang ditawarkan sangat berpatutan. Klik disini untuk melihat featurs Imnicamail.
Percuma
1. Parabots
Perisian parabots boleh di download secara percuma. Anda install sendiri skrip ke hosting anda. Sekiranya mempunyai masalah install, dapatkan panduan parabots disini.
Category: Autoresponder, Blogging tips, Internet











Salam,
Saya sekarang guna email automatik dari malaysia. Ada any komen tak tentang emailautomatik.com?
radzuanradzi