About
Hi,Salam sejahtera. Saya Francis @ Mefranz. Saya adalah blogger sambilan mula menceburi dunia blogging sekitar 2008. Masa tu baru mengenal IT. Saya sebenarnya tidak ada asas IT tetapi memandangkan ada minat mendalam dalam dunia blogging di samping mahu meningkatkan pengetahuan dalam dunia blogging menguatkan lagi semangat saya menjadi blogger.
Saya masih ingat ketika saya mula-mula berblog ni, saya tak tahupun apa itu domain dan hosting, apa itu cpanel dan FTP. Malahketika saya baru mencuba membangunkan blog percuma yang menggunakan blog wordpress, saya rasa pelik mengapa blog saya ada perkataan wordpress sebelum com sedangkan orang lain punya blog terus nama domain diakhiri dengan com. Saya mencari dan mencari tentang ilmu blogging sehingga akhirnya saya terjumpa satu blog ni yang menawarkan perkhidmatan membina blog dot com..Huhh, bila saya fikirkan sekarang, betapa jahilnya saya tentang ilmu blogging pada masa itu.
Terima kasih kepada saudara Dinberamboi kerana beliaulah orang pertama sifu saya membangunkan blog saya.[ bukan blog yang ini]. Beliaulah yang menawarkan perkhidmatan membina blog dot com tapi rasanya perkhidmatan beliau tu tak ada lagi sekarang. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada saudara Smartzul yang menghasilkan panduan blogging berasaskan wordpress yang sangat bagus. Panduan Kitblogger Smartzul lah yang meningkatkan lagi kemahiran saya dalam dunia blogging. Dengan panduan ini saya tidak perlu lagi mengupah orang lain membuat blog saya. Kini saya ada beberapa blog yang dihostkan di Malaysia dan juga di luar negara.
Saya cuba menyampaikan yang terbaik untuk perkongsian bersama tetapi pengetahuan saya juga amatlah terhad. Saya mohon maaf kepada semua pembaca blog ini kerana tidak dapat memenuhi keinginan anda. Semoga pada suatu hari nanti saya dapat melakukan yang terbaik lagi untuk dikongsikan bersama.
Semoga sukses selalu.
Dari saya,
Francis











